Hari ini 18/01/2021 genap setahun mak pergi meninggalkan kami buat selamanya. Moga Syurga buatmu mak.
Gambar selfie ini diambil 6 hari sebelum mak meninggal dunia. Gambar ini juga atas permintaan mak sendiri dengan dialog spontan yang keluar dari mulutnya tanpa aku duga.
“Pal, jom kita bergambar untuk kali terakhir. Mak tak nak gambar mak sorang ye, mak nak gambar kita selfie berdua. Mana la tahu kan ni gambar mak yang terakhir...”
Sejurus selepas selfie berdua, mak sambung lagi.
“Ya Allah pal, mak tengok muka mak dalam gambar ni kan macam lagi dua tiga hari je nak meninggal. Boleh tak send gambar ni dalam group kita sekeluarga..”
Hatiku seperti tersentak dan terkejut dengan dialog spontan mak tu.
Sungguh. Hati ini rindu sangat kat mak. Syukur selalu jumpa mak walaupun hanya dalam mimpi...
Diri ini hanya merindui dan bukan meratapi...🥰🥰🥰
Al-Fatihah (dibaca) buat mak, Zainun Binti Said 🤲
No comments:
Post a Comment